Arkib : August, 2010



OUTING + MAJLIS BERBUKA PUASA RAMADHAN 1431 HIJRAH

Sunday, August 22nd, 2010

null

Pada 21 Ogos 2010 bersamaan 11 Ramadhan 1431 Hijrah. Jabatan Belia dan Sukan Bintulu telah menganjurkan Program Outing serta Majlis Berbuka Puasa bersama dengan 50 orang penggemar fotografi yang berada di sekitar Bintulu, Sarawak.

Program yang julung kali diadakan ini mendapat respon yang begitu baik dari ke semua pihak terutamanya dari kalangan penggemar fotografi yang berada di sekitar Bintulu. Melalui program sebegini juga, kami selaku penggemar fotografi dapat berkenalan dan bertukar-tukar pendapat di antara satu sama yang lain.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak Jabatan Belia dan Sukan Bintulu yang telah diketuai oleh Encik Mohamad Zakry Kiprawi kerana telah menjayakan program ini. InsyaALLAH diharapkan pada masa yang akan mendatang, program sebegini terus mendapat perhatian serta sambutan dari ke semua pihak bukan saja dari bahagian Bintulu, mungkin dari seluruh negeri Sarawak mahupun dari seluruh Malaysia.

SALAM RAMADHAN 1431 HIJRAH

Monday, August 9th, 2010

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Wahai orang-orang yang beriman, telah DIWAJIBKAN ke atas kamu BERPUASA sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
[Surah Al-Baqarah, Ayat 183]

null

Alhamdulillah, bersyukur kerana kita telah dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Dan saya juga bersyukur ke hadrat ALLAH Subhana Wa Ta’ala kerana Ramadhan saya tahun ini diserikan dengan isteri saya yang tercinta, Fauziah Michi. Terima kasih sayang kerana sudi menjadi teman hidup saya.. :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua Muslimin dan Muslimat sekalian. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan Rahmat dan Maghfirah. Di siang harinya kita berpuasa dan pada malamnya pula kita penuhi dengan amalan sunat seperti Solat Sunat Tarawih serta Bertadarus. Dan seterusnya jangan pula kita lupa untuk membayar Zakat Fitrah.

Akhir sekali, sebelum tibanya Ramadhan kami juga sempat mengada photoshoot pada hari Ahad yang lepas, Kami dari Fotosyntesis crew amat berterima kasih buat Ayu-Izzati Kasputeri serta ibunya Faridah Osman kerana sudi melapangkan masa mereka untuk bersama-sama kami bagi menjayakan sesi fotografi ini.

null

null

SHANIZAM + SURYANA

Thursday, August 5th, 2010

Shanizam + Suryana, Bintulu, Sarawak.

Majlis pernikahan dan perkahwinan sepupuku ini telah dilansungkan pada 29 & 30 Mei 2010. Maaf, mungkin agak terlambat sedikit untuk saya upload gambar + slideshow perkahwinan mereka berdua ini kerana blog mohdabdhalim.com ini masih dalam proses percubaan.

Buat sepupuku, Suryana dan suaminya Shanizam. Diharapkan korang berpuashati dengan gambar dan slideshow ku yang tak seberapa ini. ;) InsyaALLAH, di masa mendatang saya cuba dan usahakan yang terbaik.