Arkib : November, 2010



PROGRAM PELANCARAN SEMARAK HIJRAH 1432 H

Sunday, November 7th, 2010

Program Pelancaran Semarak Hijrah 1432 H ini telah dilangsungkan pada 7 November 2010 bersamaan 30 Zulkaedah 1431 Hijrah. Program ini bermula seawal 6.30 pagi di Bintulu Promenade. Dimulakan dengan sesi memanaskan badan iaitu melalui acara senamrobik sebelum diteruskan dengan program ‘Larian Semarak Hijrah 1432 H’. Syukur Alhamdulillah, program sebegini terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa dan agama.

MENCERAP HILAL ZULHIJJAH 1431 HIJRAH

Saturday, November 6th, 2010

Aktiviti ini telah dijalankan pada 6 November 2010 bersamaan 29 Zulkaedah 1431 Hijrah. Aktiviti mencerap hilal (anak bulan) Zulhijjah ini bertujuan untuk menetapkan tarikh jatuhnya Hari Raya Aidiladha untuk tahun ini. Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Rabu, 17 November ini bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah.