Pada 25 – 26 Disember 2010, saya telah menghadiri sebuah bengkel fotografi perkahwinan (wedding photography workshop) yang telah dikelolakan oleh seorang jurugambar profesional perkahwinan & potret yang terkenal di Malaysia iaitu Encik Saiful Nang di Saiful Nang Academy of Photography (SNAP).
Bengkel ini telah dilangsungkan selama 2 hari, dan selama 2 hari inilah kami sebagai pelajar SNAP telah didedahkan dengan pelbagai resipi ilmu fotografi perkahwinan. Berbanding dengan kursus-kursus fotografi perkahwinan di luar. Di SNAP ini, kami telah diajar secara simulasi keadaan atau suasana sesebuah majlis perkahwinan yang sebenar. Bermula dari sesi make-up, akad nikah, bersanding di pelamin (di SNAP ada pelamin real tau!) sehinggalah ke sesi outdoor.

