Arkib : March, 2011



RAIKAN CINTA SHAHRIZAL + NURHAFIZA

Tuesday, March 8th, 2011

Info : Majlis Pernikahan dan Persandingan Shahrizal dan Nurhafiza
Lokasi : Sibu, Sarawak
Tarikh : 18 – 19 Disember 2010

Slideshow Di Atas Merupakan Himpunan Foto-foto yang Dihasilkan Oleh Photographer Fotosyntesis Iaitu :
1) Mohamad Abdul Halim (Facebook)
2) Mohamad Khairul (Facebook)
3) Wan Mohamad Fairuz (Facebook)
4) Nohar (Facebook)

*Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

Pada bulan Disember, ramai yang bergembira terutamanya kanak-kanak sekolah kerana inilah musim yang dinanti-nantikan oleh mereka iaitu musim cuti sekolah. Dan juga tidak kurang hebatnya, pada musim cuti sekolah sebegini, ramai juga dikalangan kita yang menamatkan zaman bujang mereka dengan mendirikan rumahtangga.

Bagi mak andam, pak andam, make-up artist, pereka pelamin, pereka baju pengantin, penyedia katering dan kanopi, photographer serta videographer pasti begitu sibuk dengan tawaran dari bakal-bakal pengantin. Syukur ALHAMDULILLAH, kami bersyukur ke hadrat ALLAH kerana pada musim cuti sekolah sebegini, hujung minggu kami dipenuhi dengan tawaran dari para pengantin baru untuk merakam detik-detik terindah mereka.

Pada 18 Disember 2010 yang lepas, kami telah mendapat tawaran dari seorang pelanggan yang berasal dari bandar Sibu untuk merakamkan detik-detik terindah beliau. Sejujurnya, beliau merupakan ‘pelanggan pertama’ kami kerana inilah pertama kalinya kami di Fotosyntesis mendapat tawaran serta tempahan khidmat fotografi yang berada di luar dari bandar Bintulu iaitu di Sibu, Sarawak. Jutaan terima kasih kami ucapkan buat saudara Shahrizal dan saudari Nurhafiza kerana telah memilih kami di Fotosyntesis sebagai fotografer majlis perkahwinan kalian. ‘Raikan Cinta’ itulah tema yang telah dipilih oleh kedua-dua mempelai sempena menyambut hari persandingan mereka.

Sesungguhnya memang banyak pengalaman baru dan kenangan manis bila berada dan berkhidmat di tempat orang. InsyaALLAH, inilah langkah pertama kami untuk melangkah lebih jauh dan berusaha agar terus menjadi yang terbaik.

Slideshow di atas merupakan himpunan foto detik-detik terindah yang telah dirakam oleh kami di Fotosyntesis. Semoga kalian terhibur dengan slideshow tersebut. :)