Hari ini, 15 Mei 2011. Satu sesi outing telah diadakan bersama dengan rakan-rakan photographer Bintulu Visual-Arts. Seramai 20 orang photographer, 3 model dan seorang make-up artist yang telah menjayakan sesi outing kali ini.
Outing yang bertemakan ‘Muslimah Portraiture’ ini merupakan idea dari saudara Wan Mohamad Fairuz (Bana) iaitu salah seorang daripada ahli Fotosyntesis. Mengikut perancangan asal, photoshoot ini ingin dijalankan secara outdoor iaitu di Taman Millenium, Bintulu namun cuaca tidak mengizinkan kerana hujan turun dengan lebat. Namun, ini tidaklah mematah semangat kami untuk menjayakan sesi outing ini, seterusnya kami telah memilih Terminal Bas 1Malaysia, Bintulu (indoor) sebagai tempat untuk melepaskan gian bersama dSLR masing-masing.
Semasa outing ini, kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan A,B dan C dengan setiap kumpulan diberi masa selama 40 minit bersama dengan 3 orang model mengikut kumpulan masing-masing. Terima kasih diucapkan buat para model, photographer dan tidak lupa buat Uchu selaku make-up artist kerana telah menjayakan sesi outing kali ini.
InsyaALLAH, mengikut perancangan berikutnya. Cikgu-cikgu dari sekolah Tatau (juga merupakan photographer dan rakan BVC) menjemput semua rakan-rakan BVC untuk mengadakan satu lagi sesi outing di tempat mereka mengajar iaitu di Tatau. Kata orang, sekali sekala ingin juga bertukar angin. Apa pun, moga ianya dapat dilaksanakan seperti apa yang dirancang.
Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat saya rakam semasa sesi outing ini. Segala komen dan kiritikan amatlah dialu-alukan.
________________________________________________________________________________
*Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.
Info :
Talent : Tiara Fatiara
Make-up Artist : Fazirah Nahar (Uchu)
Event : Outing Muslimah Portraiture
Date : 15 May 2011
Venue : 1Malaysia Bus Terminal
Photographer : Mohdabdhalim Fotosyntesis











