Arkib : ‘Outing’



GAMBAR | OUTING BERSAMA GENG SUPERFRIENDS

Friday, July 16th, 2010

Di antara sebahagian gambar yang sempat saya rakam semasa sesi Outing Bersama Geng Superfriends. Akan ditambah dari masa ke semasa. Komen dan kritikan amatlah dialu-alukan. :)

OUTING BERSAMA GENG SUPERFRIENDS

Friday, July 16th, 2010

Pada keesokkan harinya iaitu pada hari Sabtu, 10 Julai 2010. Kami berkesempatan bersama dengan Geng Superfriends dalam menjayakan aktiviti free outing bersama Geng Superfriends. Di antara Geng Superfriends yang hadir dalam aktiviti ini ialah Kukubesi, Chot Touch dan Shazli Shots. Turut dibantu oleh Joned The Sniper dan Bowtuch Adalah Saya.

Melalui aktiviti tersebut, kami mempelajari pelbagai teknik fotografi yang benar-benar memberi manfaat kepada kami khususnya di dalam bidang fotografi ini. Bukan itu saja, melalui aktiviti bersama Geng Superfriends ini juga kami berpeluang berkenalan dengan lebih rapat dengan rakan-rakan yang datang dari Kuching, Sarikei, Saratok, Mukah, Sibu, Bintulu dan juga Miri. Malah ada juga rakan yang datang dari jauh iaitu dari negeri Sabah.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucap jutaan terima kasih buat Geng Superfriends kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama-sama kami. Juga tidak lupa buat rakan-rakan dari Kuching, Sarikei, Saratok, Mukah, Sibu, Miri dan Sabah yang sungguh sporting. Bagi saya, tanpa aktiviti sebegini, pasti kami tidak mengenali di antara satu sama lain.

Buat Geng Superfriends, terima kasih sekali lagi. Harap korang janganlah serik untuk datang ke Sarawak lagi. Kami amat mengalu-alukan kehadiran korang semua. Korang memang best. Moga kita jumpa lagi di tahun depan.

Psstt : Jangan Lupa Nasi Raja Ayam Penyet + Pisang Goreng Cheese.. ;)