




Program Pelancaran Semarak Hijrah 1432 H ini telah dilangsungkan pada 7 November 2010 bersamaan 30 Zulkaedah 1431 Hijrah. Program ini bermula seawal 6.30 pagi di Bintulu Promenade. Dimulakan dengan sesi memanaskan badan iaitu melalui acara senamrobik sebelum diteruskan dengan program ‘Larian Semarak Hijrah 1432 H’. Syukur Alhamdulillah, program sebegini terus mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira usia, bangsa dan agama.