Arkib : ‘Salam’



BINTULU NEW YEAR FIREWORKS 2012

Sunday, January 1st, 2012

Tahun 2011 telah pun melabuhkan tirainya. Syukur ALHAMDULILLAH, kerana kita terus diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru iaitu tahun 2012. Banyak pengalaman manis dan pahit yang telah kita tempuhi dari tahun ke tahun. Dari setiap pengalaman itulah yang mematangkan diri kita dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Saya bersyukur ke hadrat ALLAH kerana banyak azam 2011 telah tercapai, ini semua pasti atas izinNya.

Bagaimana pula azam kalian di tahun 2012 ini? Sudah pasti kalian mempunyai azam baru bukan? Saya sendiri pun punya azam baru untuk tahun 2012 ini. InsyaALLAH, kita berusaha untuk mencapai serta melaksanakan azam tersebut. Tanpa sebarang usaha dan kesungguhan agak mustahil untuk kita mencapai azam dan matlamat kita itu. Moga tahun 2012 ini kita membuka satu lembaran baru dalam kehidupan kita. Bak kata pepatah Melayu, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’. Dikesempatan ini saya juga ingin mengucap Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.

Di bawah ini saya kongsikan di antara sebahagian gambar-gambar yang sempat saya rakam semasa program countdown 2012 yang bertempat di Esplanade Bintulu, Sarawak.

Info :
Event : Bintulu New Year Fireworks 2012
Date : 01 January 2012
Location : Sim Swee Joo – Jepak Wharf, Bintulu, Sarawak
Photographer : Mohdabdhalim Fotosyntesis

*Klik pada gambar untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas.

SALAM RAMADHAN 1431 HIJRAH

Monday, August 9th, 2010

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : “Wahai orang-orang yang beriman, telah DIWAJIBKAN ke atas kamu BERPUASA sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”
[Surah Al-Baqarah, Ayat 183]

null

Alhamdulillah, bersyukur kerana kita telah dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Dan saya juga bersyukur ke hadrat ALLAH Subhana Wa Ta’ala kerana Ramadhan saya tahun ini diserikan dengan isteri saya yang tercinta, Fauziah Michi. Terima kasih sayang kerana sudi menjadi teman hidup saya.. :)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua Muslimin dan Muslimat sekalian. Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan Rahmat dan Maghfirah. Di siang harinya kita berpuasa dan pada malamnya pula kita penuhi dengan amalan sunat seperti Solat Sunat Tarawih serta Bertadarus. Dan seterusnya jangan pula kita lupa untuk membayar Zakat Fitrah.

Akhir sekali, sebelum tibanya Ramadhan kami juga sempat mengada photoshoot pada hari Ahad yang lepas, Kami dari Fotosyntesis crew amat berterima kasih buat Ayu-Izzati Kasputeri serta ibunya Faridah Osman kerana sudi melapangkan masa mereka untuk bersama-sama kami bagi menjayakan sesi fotografi ini.

null

null

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT DATANG

Monday, March 1st, 2010

Assalamualaikum,

Saya Mohamad Abdul Halim selaku pemilik laman blog mohdabdhalim.com ini memohon kerjasama dari kalian semua. Sekiranya kalian mempunyai sebarang komen, pendapat atau cadangan, diharapkan ianya dapatlah dikongsikan bersama. Saya juga mengalu-alukan kritikan yang membina dari anda agar saya dapat mempertingkatkan lagi mutu hasil kerja saya ini.

Dan saya juga ingin memaklumkan. Mulai tahun 2011, blog mohdabdhalim.com ini lebih menjurus kepada F.O.T.O.G.R.A.F.I.

Sekian, Terima kasih.