Tag: ‘Chot Touch’



OUTING BERSAMA GENG SUPERFRIENDS

Friday, July 16th, 2010

Pada keesokkan harinya iaitu pada hari Sabtu, 10 Julai 2010. Kami berkesempatan bersama dengan Geng Superfriends dalam menjayakan aktiviti free outing bersama Geng Superfriends. Di antara Geng Superfriends yang hadir dalam aktiviti ini ialah Kukubesi, Chot Touch dan Shazli Shots. Turut dibantu oleh Joned The Sniper dan Bowtuch Adalah Saya.

Melalui aktiviti tersebut, kami mempelajari pelbagai teknik fotografi yang benar-benar memberi manfaat kepada kami khususnya di dalam bidang fotografi ini. Bukan itu saja, melalui aktiviti bersama Geng Superfriends ini juga kami berpeluang berkenalan dengan lebih rapat dengan rakan-rakan yang datang dari Kuching, Sarikei, Saratok, Mukah, Sibu, Bintulu dan juga Miri. Malah ada juga rakan yang datang dari jauh iaitu dari negeri Sabah.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucap jutaan terima kasih buat Geng Superfriends kerana sanggup datang dari jauh semata-mata untuk berkongsi ilmu serta pengalaman bersama-sama kami. Juga tidak lupa buat rakan-rakan dari Kuching, Sarikei, Saratok, Mukah, Sibu, Miri dan Sabah yang sungguh sporting. Bagi saya, tanpa aktiviti sebegini, pasti kami tidak mengenali di antara satu sama lain.

Buat Geng Superfriends, terima kasih sekali lagi. Harap korang janganlah serik untuk datang ke Sarawak lagi. Kami amat mengalu-alukan kehadiran korang semua. Korang memang best. Moga kita jumpa lagi di tahun depan.

Psstt : Jangan Lupa Nasi Raja Ayam Penyet + Pisang Goreng Cheese.. ;)

GAMBAR | ONE DAY EXPERIENCE WITH CHOT TOUCH @ KUCHING

Friday, July 16th, 2010

Berikut adalah di antara sebahagian gambar-gambar yang telah saya rakam semasa menghadiri kelas One Day Experience With Chot Touch ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen atau kritikan. Harap dapatlah ianya dikongsikan bersama.

null

null

null

*** SILA KLIK DI SINI Untuk Baca Artikel Lengkap »

ONE DAY EXPERIENCE WITH CHOT TOUCH @ KUCHING

Friday, July 16th, 2010

null

Pada 9 Julai 2010 yang lepas. Kami telah berpeluang untuk menghadiri kelas ‘One Day Experience With Chot Touch’ di Kuching, Sarawak. Banyak pengetahuan dan pengalaman tentang ‘Street Candid’ yang telah dikongsikan oleh Chot Touch kepada kami.

Melalui kelas ini juga, kami telah diterangkan dengan lebih jelas apakah yang dimaksudkan dengan moment/detik. Teknik untuk merakam moment/detik yang terbaik. Teknik merakam gambar potret. Serta teknik merakam gambar menggunakan ‘available light’ (sumber cahaya sedia ada, tanpa bantuan flash).

Yang menariknya, panduan dan teknik yang telah kami perolehi dari kelas ini bukan saja tertumpu sepenuhnya pada street candid. Bahkan ianya amat sesuai diadaptasikan untuk merakam gambar perkahwinan (wedding photography) iaitu melalui teknik ‘menghidupkan mood’ pada sesebuah gambar perkahwinan.

Last but not least, kelas berikutnya akan diadakan pada 31 Julai ini di Kuala Lumpur. Jadi, rebutlah peluang untuk menghadiri kelas Chot Touch ini. Kerana apa yang bakal kalian perolehi, pasti akan membuah hasil serta membuat kalian lebih bersemangat dalam merakam gambar ‘street candid’ mahupun gambar potret dan perkahwinan.